Pendaftaran dibuka • Siri 1 bermula 2 September 2026
Logo NURDaurah Surah al-Nur
Satu perjalanan · Satu cahaya · Satu perubahan

DAURAH SURAH AL-NUR

Bina Akhlak. Pertahan Maruah. Pimpin Fitrah.

“Terangi rumahmu dengan cahaya Allah.”

Surah al-Nur bukan sekadar himpunan hukum. Ia sebuah perjalanan yang membina sempadan, memelihara keluarga dan menyalakan cahaya petunjuk dalam rumah, jiwa dan masyarakat.

Bermula2 September 2026
SetiapRabu · 8–10 malam
FormatOnline · Zoom
AksesRakaman disediakan
Poster Daurah Surah al-Nur
15 Rabu2 Sept – 9 Dis 2026
Ayat 1–64Perjalanan menyeluruh surah
Live ZoomBelajar dari mana-mana
RakamanDisediakan untuk peserta

Pembahagian Ayat & Siri Surah al-Nur

15 siri. 64 ayat. Satu perjalanan Surah al-Nur.

Setiap siri membawa fokus ayat dan tema tertentu untuk membantu kita melihat Surah al-Nur sebagai satu perjalanan yang saling bersambung.

15 Lihat pembahagian penuh 15 siri Ayat 1–64 · 2 September – 9 Disember 2026
Siri 1
Hukuman Zina & Qazaf Ayat 1–5 · 5 ayat
2 September 2026 Rabu · 8–10 malam
Siri 2
Hukuman Li'an Ayat 6–10 · 5 ayat
9 September 2026 Rabu · 8–10 malam
Siri 3
Peristiwa Hadith Ifik (Bahagian 1) Ayat 11–15 · 5 ayat
16 September 2026 Rabu · 8–10 malam
Siri 4
Peristiwa Hadith Ifik (Bahagian 2) Ayat 16–20 · 5 ayat
23 September 2026 Rabu · 8–10 malam
Siri 5
Bahaya Fitnah & Hasutan Syaitan Ayat 21–26 · 6 ayat
30 September 2026 Rabu · 8–10 malam
Siri 6
Adab Memasuki Rumah Orang Ayat 27–29 · 3 ayat
7 Oktober 2026 Rabu · 8–10 malam
Siri 7
Menundukkan Pandangan & Menjaga Aurat Ayat 30–31 · 2 ayat
14 Oktober 2026 Rabu · 8–10 malam
Siri 8
Galakan Nikah & Menjaga Kesucian Diri Ayat 32–34 · 3 ayat
21 Oktober 2026 Rabu · 8–10 malam
Siri 9
Perumpamaan Cahaya Allah Ayat 35 · 1 ayat
28 Oktober 2026 Rabu · 8–10 malam
Siri 10
Amalan Beriman vs Amalan Kafir Ayat 36–40 · 5 ayat
4 November 2026 Rabu · 8–10 malam
Siri 11
Tanda Kekuasaan Allah SWT Ayat 41–46 · 6 ayat
11 November 2026 Rabu · 8–10 malam
Siri 12
Sifat Orang Munafik Terhadap Hukum Allah Ayat 47–50 · 4 ayat
18 November 2026 Rabu · 8–10 malam
Siri 13
Taat & Patuh kepada Rasul Ayat 51–54 · 4 ayat
25 November 2026 Rabu · 8–10 malam
Siri 14
Janji Kekuasaan & Adab Privasi Keluarga Ayat 55–60 · 6 ayat
2 Disember 2026 Rabu · 8–10 malam
Siri 15
Adab Kemasyarakatan & Ketaatan Rasul Ayat 61–64 · 4 ayat
9 Disember 2026 Rabu · 8–10 malam
Poster kelas pra-daurah

Kelas pembuka · Pra-Daurah

Masuk ke Surah al-Nur dengan gambaran perjalanan yang lebih jelas.

Kelas pra-daurah menjadi jambatan untuk melihat hubungan Surah al-Mukminun menuju Surah al-Nur sebelum perjalanan 15 siri bermula.

Mengapa Surah ini sangat dekat dengan zaman kita?

Kerosakan di luar rumah sering bermula apabila sempadan di dalam rumah mula kabur.

Akhlak, maruah dan fitrah dibina sebagai satu sistem kehidupan yang saling menjaga.

01

Apabila hukum mula dirunding

Wahyu membina sempadan untuk melindungi manusia, bukan menyempitkan hidupnya.

02

Apabila fahisyah menjadi budaya

Cabaran bukan sekadar perbuatan, tetapi ekosistem yang membuat perkara keji terasa biasa.

03

Apabila dosa bermula dengan “sekadar”

Langkah kecil, pandangan dan rasa ingin tahu boleh mengheret sempadan semakin jauh.

04

Apabila rumah hilang adab privasi

Izin, aurat, pandangan dan ruang privasi membina budaya maruah sejak dari rumah.

Rahsia nama Surah al-Nur

Cahaya menjadikan apa yang sebelumnya tidak kelihatan — akhirnya nampak.

“Cahaya” membawa kita melihat bagaimana wahyu dan syariat menerangi pilihan, membentuk hati dan memandu kehidupan.

ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشْكَوٰةٍۢ فِيهَا مِصْبَاحٌ

“Allah (memberi) cahaya kepada langit dan bumi…” — Surah al-Nur, ayat 35.

WahyuCahaya petunjuk
SyariatMinyak yang menyalakan
ZujajahPelindung
MisykahHati
MisbahRuh

Apa yang kita mahu bawa pulang?

Bukan sekadar tahu hukum — tetapi nampak bagaimana seluruh surah membina manusia bercahaya.

01

Faham surah sebagai satu perjalanan

Melihat hubungan ayat secara menyeluruh, bukan potongan hukum yang terasing.

02

Nampak fungsi cahaya wahyu

Menghubungkan syariat, hati, rumah dan keputusan hidup.

03

Bina budaya maruah dari rumah

Meneliti adab pandangan, privasi, aurat, hubungan dan perkahwinan.

04

Baca realiti dengan neraca al-Quran

Fitnah, fahisyah dan media menjadi ruang muhasabah untuk zaman hari ini.

Ustaz Syaari Ab Rahman

Penyampai Daurah

Ustaz Syaari Ab Rahman

Pendekatan yang mengajak peserta melihat struktur surah, hubungan ayat dan tadabbur dalam realiti rumah, keluarga dan masyarakat.

  • Penulis 45+ buku berkaitan tadabbur dan pendidikan al-Quran.
  • Sarjana al-Quran & al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Sarjana Muda Bahasa Arab & Sastera, UIAM.
  • Jurulatih Utama Tadabbur Centre dan penyampai TV AlHijrah.
“Baca surah secara menyeluruh — jangan ambil satu hukum dan terlepas cahaya yang menghubungkan seluruh perjalanan.”

Suara peserta daurah terdahulu

Pengalaman peserta Daurah Surah ṬāHā.

★★★★★
“Daurah membuat saya melihat ketaatan bukan sekadar ‘buat’, tetapi menghadirkan hati dan mengenal kelemahan diri di hadapan Allah.”
Nadirah
★★★★★
“Kupasan yang jelas membuat saya kembali bertanya tentang solat, khusyuk dan bacaan al-Quran.”
Azlinda
★★★★★
“Sebagai orang baru dalam tadabbur, saya kagum bagaimana ayat al-Quran dibawa menjadi panduan kehidupan.”
Zuliana
★★★★★
“Saya pulang dengan rasa mahu terus mendekat kepada Allah dan al-Quran.”
Khairiah

Yuran penyertaan

Pilih pakej Daurah Surah al-Nur

Pilih akses yang paling sesuai: satu siri fokus melalui Ala Carte, atau ikuti perjalanan penuh 15 siri dengan pakej Kombo.

Fleksibel

Ala Carte

Sesuai jika anda mahu memilih siri tertentu.

RM 49.90 / kelas
  • Pilih siri yang mahu diikuti
  • Live Zoom untuk siri pilihan
  • Rakaman siri pilihan

Jadual perbandingan

Bonus eksklusif & nilai tambahan.

Kombo paling sesuai untuk peserta yang mahu mengikuti keseluruhan 15 siri.

Bonus / NilaiKomboAla Carte
Nota tadabbur khas selepas kelasBahan sokongan pesertaPer siri*
Interaksi 15 minit dengan USARQ&A / refleksi
Rakaman kelas lifetime accessTertakluk terma
Kupon alumni daurah akan datang×
Nota kompilasi terjemahan 10 tafsir×
Komuniti WhatsApp eksklusif bersama USAR×
E-sijil peserta×
Akses penuh keseluruhan 15 siri×

Soalan lazim

Sebelum anda memilih pakej.

Program berlangsung bila?
2 September hingga 9 Disember 2026, setiap Rabu 8–10 malam.
Program fizikal atau online?
Online melalui Zoom.
Kalau terlepas live, ada rakaman?
Ya, mengikut pakej atau siri yang didaftarkan.
Apa beza Ala Carte dan Kombo?
Ala Carte untuk siri tertentu. Kombo memberi akses keseluruhan perjalanan 15 siri serta bonus mengikut terma.

Penutup

Jika mahu selamatkan masa depan, mulakan dari rumah.

Surah al-Nur ialah peta untuk menyelamatkan rumah, jiwa dan generasi dengan cahaya petunjuk Allah.

LIHAT PILIHAN PENDAFTARAN →
Daurah Surah al-Nur2 Sept · Rabu · 8–10 malam
DAFTAR